Assalamualaikum..
Hey guys...
Hari ni tukang si penarik angan-angan nak cerita sikit macam mana nak mulakan sebuah penulisan. Aku pun tengah belajar jadi jom kita belajar sama-sama.
First rule yang aku dapat bila jelajah demi jelajah blog tentang penulisan.. banyak sifu penulisan selalu tekankan 'show don't tell'.. bila aku baca dan terus baca ini la contohnya (lepas penat lepas menjelajah.. penat tapi berbaloi)
Tell..
Dia merasa penat
Show...
Nafasnya tercungap-cungap ibarat baru lepas membuat sepuluh pusingan padang. Dengan tangan memegang perut, air ditangan diteguk dengan rakus.
Ini contohnya. Yang first contoh bagi tell. Second bagi show .
Sekarang dekat tangan aku ada buku dari penulis Maria Kajiwa ( tulis novel? Anda pun boleh ) dalam ni juga ada tentang show don't tell. Antara contoh dalam buku ni..
Tell :
Dia sangat lapar
Show:
Dia menerkam ke dapur lantas menyelongkar periuk nasi
(Credit to penulis otai kita Maria Kajiwa)
Siapa mahukan buku ni boleh dapatkan di kedai buku atau penerbitan karya seni (under karya ilmu)
Itu tentang show don't tell.. aku akan try buat. Puh. Moga-moga jadi..
Berbalik pada tajuk..
Menulis memang boleh hentam sesuka hati tapi kalau hentam, faham-faham la hasilnya macam mana. Jadi penulis bukan sekadar nak menulis saja. Banyak perkara kena ambil tahu. Nanti next entry kita cakap pasal ni...
Sebelum menulis kena banyak membaca. Itu satu. Yang lain, kena rajin search internet dapatkan maklumat yang berguna. Lagi, boleh sertai bengkel-bengkel penulisan. Buku tentang penulisan, wajib kena ada. Itu salah satu bahan yang boleh membimbing kita step by step. (Aku cadangkan hampa beli buku yang dalam gambar atas tu)..
Dah ada semua tu, ada tiga rule kena buat. Pertama. Belajar! Kedua. Belajar! Ketiga. Belajar!
Kenapa belajar? Cuba ambil exam tanpa belajar apa-apa? rasanya markah apa dapar? Sama macam menulis. Kalau tak belajar, maka markahnya pasti... ermm.. menangis la kau.
Sebab tu mulai hari ni jom kita belajar...
Untuk menjadi seorang penulis...
search
15 Oct 2016
Mari mula menulis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment