search

18 Oct 2016

Penggunaan POV dalam penulisan

Assalamualaikum guys....

Hari ni malas nak membebel jadi terus ke tajuk utama.. sebelum tu..  kes bina jati diri budak sekolah dengan ular sawa tu, you guys setuju? (Jawab dalam hati)

Hari ni nak cerita tentang penggunaan POV.  Apa itu POV? POV adalah sudut pandangan. Orang putih cakap point of view gitu. Adalah cara bagaimana cerita itu disampaikan. Maksud senangnya, siapa yang bercerita.

POV terbahagi kepada beberapa bahagian. 3 jenis la. Penggunaannya sangat penting dan sebelum mula menulis, penulis perlu tetapkan POV mana yang hendak digunakan.

Jenis pertama.  1. POV 1

Penceritaan merujuk kepada aku.macam watak utama itu bercerita sendiri. Kalau guna POV jenis ni, maknanya setiap bab watak itu perlu ada. Kalau tak ada, jadi carca merba wei.

Jenis ni lebih mesra sebab watak macam ber 'contact' sendiri dengan pembaca. Nampak mudah tapi sebenarnya agak susah. Kenapa? Bagu aku penulisan jenis ni kalau terlari dari landasan, tergolek la kau.

Satu lagi, kalau menulis guna POV 1, penulis kena jadi watak tu. Tak boleh watak tu jadi penulis. Faham?
Maksudnya.   Jiwai watak tu.

2. POV 2

Yang ni paling jarang digunakan oleh penulis. Sepanjang aku membaca, tak pernah lagi aku baca orang guna POV 2 ni. Tapi kalau nak mencuba, apa salahnya kan?

POV 2. 
Penceritaan jenis ni merujuk kepada  awak. (Kata ganti diri kedua)  Macam penulis bercakap dengan watak pula.
Bagi contoh la senang:
   
      Semalam awak pergi ke bendang. Ada pacat naik ke kaki awak lalu hisap darah. Awak terkejut. Pantas awak melompat sambil terjerit.

Gitula gayanya. nampak kurang mesra tapi siapa tahu kut-kut korang boleh jadikan penceritaan jenis POV2 ni menarik.  Kipidap!

Yang terakhir. 3. POV 3

Ini paling fames, paling santai dan menjadi kesukaan. Selalu gunakan nama atau watak protagonis (watak utama) sebagai dia. Pembaca akan rasa seperti meninton babak-babak dan memahami isi hati setiap POV watak yang penulis sampaikan.

Contohnya : Matanya mencerlun tajam pada Leo. Cukup la sekali dia tunduk. Sampai bila dia mahu menjadi lemah dan biarkan saja diri disakiti dan diugut sewenang-wenangnya?

Sekian saja mengenai POV. Sebenarnya pasal POV ni panjang lagi. Dalam setiap POV ada pecahan-pecahan lagi. Tapi buat masa ni kita berkongsi maklumat ini saja dulu.
😉

P/s" : lepas tiga buah buku gunakan POV 3, Sekarang dok cuba POV 1. serius cakap, mencabar juga minda. Meh bagi sikit cerita yang baru kita tulis ni...

.................
   “Your coffee...” ucap satu suara sebelum meletakkan cawan berwarna putih di atas mejaku.

   "Thanks Fattah...” balasku seraya mengangkat muka. Namun, buat sekian kalinya aku tersentak.

   "Maaf, Fattah sibuk. Awak kesah ke kalau saya yang hantarkan?” Penghantar itu nampak serba-salah.

   Cepat-cepat aku menggeleng. “Tak. Tak apa. Selalu Fattah yang hantarkan. Saya ingat dia tadi.” Gelabah datang balik. “Thanks... Fateh.” Mataku naik menentang anak matanya.

    Dia seperti biasa, memberi senyuman paling manis buat pelanggang.

   "Welcome and thanks...” 

   Dahi ku berkerut. Thanks untuk apa?

   "Setidak-tidaknya awak ingat nama saya.” 

   Erk? Mulut sedikit ternganga.


15 Oct 2016

Mari mula menulis

Assalamualaikum..

Hey guys...

Hari ni tukang si penarik angan-angan nak cerita sikit macam mana nak mulakan sebuah penulisan.  Aku pun tengah belajar jadi jom kita belajar sama-sama.

First rule yang aku dapat bila jelajah demi jelajah blog tentang penulisan.. banyak sifu penulisan selalu tekankan 'show don't tell'.. bila aku baca dan terus baca ini la contohnya (lepas penat lepas menjelajah..  penat tapi berbaloi)

Tell..
Dia merasa penat

Show...
Nafasnya tercungap-cungap ibarat baru lepas membuat sepuluh pusingan padang. Dengan tangan memegang perut, air ditangan diteguk dengan rakus.

Ini contohnya.  Yang first contoh bagi tell. Second bagi show .

Sekarang dekat tangan aku ada buku dari penulis Maria Kajiwa ( tulis novel? Anda pun boleh ) dalam ni juga ada tentang show don't tell. Antara contoh dalam buku ni..

Tell :
Dia sangat lapar

Show:
Dia menerkam ke dapur lantas menyelongkar periuk nasi

(Credit to penulis otai kita Maria Kajiwa)
Siapa mahukan buku ni boleh dapatkan di kedai buku atau penerbitan karya seni (under karya ilmu)

Itu tentang show don't tell.. aku akan try buat. Puh.  Moga-moga jadi..

Berbalik pada tajuk..
Menulis memang boleh hentam sesuka hati tapi kalau hentam, faham-faham la hasilnya macam mana. Jadi penulis bukan  sekadar nak menulis saja. Banyak perkara kena ambil tahu. Nanti next entry kita cakap pasal ni...

Sebelum menulis kena banyak membaca. Itu satu. Yang lain, kena rajin search internet dapatkan maklumat yang berguna. Lagi, boleh sertai bengkel-bengkel penulisan. Buku tentang penulisan, wajib kena ada. Itu salah satu bahan yang boleh membimbing kita step by step. (Aku cadangkan hampa beli buku yang dalam gambar atas tu)..

Dah ada semua tu, ada tiga rule kena buat. Pertama. Belajar! Kedua. Belajar! Ketiga. Belajar!

Kenapa belajar? Cuba ambil exam tanpa belajar apa-apa? rasanya markah apa dapar? Sama macam menulis. Kalau tak belajar, maka markahnya pasti...  ermm.. menangis la kau.

Sebab tu mulai hari ni jom kita belajar...
Untuk menjadi seorang penulis...